Thursday 31 May 2012

ETNOMATEMATIK


ETNOMATEMATIK

Pernahkah anda mendengar perkataan 'etnomatematik'? Kita biasa gunakan perkataan 'etnik' sebagai maksud bagi bangsa. Namun dalam bidang etnomatematik ia menumpukan aspek sejarah dan falsafah matematik dan dikaitkan dengan pendidikan atau pengajaran matematik mengikut budaya sesuatu bangsa.

Menurut Maria (1999) etnomatematik merupakan kaedah untuk menjelaskan atau memikirkan Matemati dalan budaya dan mikro budaya di mana ahli-ahlinya berhubung antara satu sama lain. Manakala menurut Shaharir (2002) etnomatematik melayu sebagai matematik tinggalan tamadun melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibaca dalam bahasa Melayu dan mengikut nilai Melayu. Ubitarian D’Unbrosio (1984) mendefinisikan etnomatematik sebagai cara kelompok budaya yang berbeza dalam Matematik (seperti menghitung, mengukur, berhubung, mengklasifikasi dan menyimpulkan). Barton (1996) pula menyatakan etnomatematik merungkaikan interaksi dan hubungan antara budaya dan Matematik serta hubungannya dalam pekerjaan mereka.

Etnomatematik merupakan kajian tentang kelompok budaya sesuatu kumpulan yang mempunyai falsafah tersendiri tentang matematik serta mempunyai sistem QRS (quantity, relationships, space) tersendiri seperti masyarakat Melayu, Hindu, Maori atau kaum Asli Amerika. Etnomatematik juga merangkumi pelbagai pentafsiran sejarahMatematik.

Penglibatan unsur sains matematik Alam Melayu ialah aljabar, aritmetik, astronomi, mantik, retorik dan geometri serta yang tersirat dalam sastera lisan. Kerja kerja tangan Melayu seperti pertukangan, reka bentuk anyaman, sulaman, simpulan dan ikatan juga adalah unsur sains matematik Alam Melayu. Dalam budaya Melayu, penyelidikan bahan etnomatematik yang telah didokumentasikan adalah seperti manuskrip Melayu jawi, bahan kesenian Islam Malaysia, lembaran usang, batu bersurat dan ukuran di atas bahan lain yang menjadi warisan bangsa dan nusantara.  

  
    Manuskrip Melayu
    
 
   Bakul Anyaman

Bagaimana bidang ini wujud? Siapakah pengasasnya? Bidang etnomatematik yang telah diperkenalkan oleh beberapa orang tokoh seperti d'Ambroso, Marcia Archer, Paulus Gerdes, Ahuja Mangho dan Frank Swetz merupakan salah satu cabang ilmu sains matematik yang terpenting dan telah wujud sekitar tahun 1970-an.

Pernahkah anda terfikir bagaimana pula budaya matematik masyarakat cina dan india? Menurut sejarah, ilmu matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkan sistem nombor angka Brahmin dan angka Kharosti. Bolehkah anda teka masyarakat cina pula bagaimana? Karya Chou Pei Suan King adalah mengenai calendar dalam menentukan masa melalui baying.



Rangka Siput
        
Anda tentu telah membaca ruangan Sejarah dalam edisi November 2008. Ia menceritakan tentang sistem nombor dari tamadun Hindu-Arab yang menjadi sistem nombor masa kini. Untuk pengetahuan anda, punca kuasa dua bagi dua ialah nombor yang bukan rasional (irrational). Maksudnya nombor tersebut tidak boleh dijadikan pecahan. Ia boleh dibuktikan dengan menggunakan siput.

Bagaimana pula untuk zaman masa kini? Pada zaman sekarang kajian lebih bertumpukan kepada diagnostik kesilapan lazim pelajar dalam matematik. Sebagai contoh kajian tentang pelajar yang begitu sukar menerima konsep penambahan pecahan seperti 1/3 + 3/7 tidak sama dengan 4/10. Sama ada mereka tidak mengenali konsep pecahan atau operasi yang melibatkan pecahan.

Penganjuran pesta atau karnival atau aktiviti Matematik yang mengambil kira aspek budaya-budaya matematik dapat memberikan idea agresif kepada institusi pendidikan dalam mempelbagaikan gaya pengajaran dan pembelajaran. Anda pasti tertarik dengan aktiviti yang melibatkan diri secara aktif bukan? Ia dapat mendekatkan diri pelajar dengan masyarakat dalam interaksi sosial. Ia juga dapat menyemai rasa cinta dan memupuk penghargaan pelajar dan masyarakat agar lebih menjiwai dan mendalami kepentingan dan unsur kepenggunaan dalam subjek matematik itu sendiri.  

APLIKASI MATEMATIK DALAM BUDAYA DAN WARISAN MASYARAKAT MELAYU

Penglibatan unsur sains Matematik Alam Melayu ialah aljabar, aritmetik, astronomi, mantik, retorik dan geometri serta yang tersirat dalam sastera lisan. Antara aplikasi Matematik dalam budaya dan warisan masyarakat Melayu yang boleh kita ialah melalui permainan tradisionalnnya. Contohnya untuk permainan ‘teng-teng’ masyarakat Melayu mengaplikasikan Matematik untuk menghasilkan lukisan untuk permainan ‘teng-teng’. Topik yang diaplikasikan untuk membuat lukisan untuk permainan ‘teng-teng’ ialah topik garis lurus dalam kandungan buku teks Matematik Tingkatan Empat. Cara pengaplikasian topik garis lurus boleh dilihat dalam lukisan permainan ‘teng-teng’. Untuk menghasilkan satu lukisan ‘teng-teng’ yang cantik dan sekata para pemain haruslah melukis semua garisan lurus dengan betul dan membuat pembahagian petak lukisan kepada beberapa bahagian dengan jarak yang sama besar. Contoh lukisan permainan ‘teng-teng’ ialah seperti di bawah

                                         Contoh lukisan permainan 'teng-teng'







No comments:

Post a Comment