Wednesday 9 May 2012

Kesimpulan


Menurut  Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
            Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan  di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik  dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.
Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar  secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Penggunaan teknologi dalam P&P akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif.
Justeru, guru dan pentadbir sekolah serta kerajaan haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam penggunaan teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada penggunaan teknologi ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.
Oleh itu, guru perlulah menyesuaikan diri dengan alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming.
Jelasnya, teknologi ini tidak akan mengubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Fauzi bin Mohamed (2011). Program Pengkomputeran Di Sekolah. Kedah: Universiti      Utara Malaysia
Albaugh, P. (1997). The Role of Skepticism in Preparing Teachers For The Use of Technology.     ERIC Document ED: pp, 339-406.
Engkizar Bin Martias (2010). Pengintergrasian Ict Dalam Proses P&P. Diperoleh pada Mei 16,    2012 daripada http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pengtingnya-integrasi-ict   dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam/

Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College           Press.
Mohd Sobhi Ishak & Musa Abu Hassan (2007), Satu Persoalan Jurang Digital Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Media and Communication (MENTION 2007), 20-22 Ogos 2007. Selangor: Universiti           Kebangsaan Malaysia.
Norhana Aini (2010). Tahap Penggunaan Media Komputer (Perisian Kursus Dan Internet)           Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Kalangan Guru-Guru Sains Dan        Matematik Daerah Temerloh. Selangor: UPM.
Sham bin Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di   Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. Selangor: Universiti          Putra Malaysia. 

No comments:

Post a Comment