Thursday 3 May 2012

Langkah Mengatasi


3.1       Juruteknik di setiap sekolah
Kadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas guru dan menjimatkan perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan perlulah menempatkan juruteknik di setiap sekolah.
 Antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besar ataupun juga Guru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. Tugas lain juruteknik pula adalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga bertugas untuk menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugas sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. Mereka juga bertugas dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta mampu melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun,  bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai. Diharapkan kerajaan dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di setiap sekolah di negara kita supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan diselenggarakan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita di seluruh negara dan ini dapat merealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya celik IT.
3.2       Tambahan makmal komputer
Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.
Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.
3.3       Penyediaan kemudahan
Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada paraguru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000).
Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang mengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di beberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahandan Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka yang berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka yang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antara komuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre tersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya menggunakan inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar (Chandran,2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna.
Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak.
Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi.

No comments:

Post a Comment