Monday 21 May 2012

MINAT DAN SIKAP GURU MENJADI PUNCA UTAMA KELEMAHAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI


Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam pengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadah teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internet adalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi.
Sebaliknya pula, mungkin terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan informasi perlu seimbang dengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan juga tidak mustahil bahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasi dalam kalangan pelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidak pelik sekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologi komunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru.
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point, LCD, CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsi negatif kepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam pengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga (Fullam, 1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar. Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar.  Namun, guru memberi alasan tentang kelemahan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Hal ini disebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar, guru hanya ingin mencapai dua objektif pengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CD berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. Terdapat sesetengah guru menganggap penggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi, Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dan sebagainya. ICT boleh meningkatkan keberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diaplikasikan ICT dalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlu menggunakan kapur dan papan putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaian masalah dan bukannya untuk memantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar.
            Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahu mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran da pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka.
            Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999), fobia bagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengan komputer atau takut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menyaingi perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu tentang penggunaan komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut Mohd Sobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi perbezaan antara individu dalam aplikasi pendidikan, pembelajaran dan pencapaian.

No comments:

Post a Comment