Tuesday 22 May 2012

KAJIAN YANG BERKAITAN DENGAN SIKAP GURU TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Beberapa kajian telah dijalankan sejak dua dekad yang lalu terhadap sikap di kalangan guru-guru terhadap penggunaan komputer di dalam pendidikan berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain seperti pelajar (Robertson et al., 1995), tinjauan terhadap sikap guru dari aspek jenayah (Coldwell, 1983), sikap di kalangan penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi (Walters dan Necessary, 1996; Parish dan Necessary, 1996 dan Francis, 1993), sikap di kalangan penuntut-penuntut menengah atas dan prauniversiti (Selwyn, 1997), sikap terhadap komputer di kalangan guru-guru pelatih siswazah (Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Maznah Raja Hussain, 1994; Noran Fauziah Yaakub et al., 1996) dan sikap guru-guru secara khusus terhadap komputer (Coldwell,
1983; Handler, 1993; Gbomita, 1997).
Kajian yang telah dijalankan oleh Dupagne dan Krendl (1992) mendapati perubahan sikap yang begitu ketara dan positif di kalangan guru-guru terhadap penggunaan mikrokomputer di dalam bilik kelas dan di dalam kurikulum. Manakala kajian yang dijalankan terhadap guru-guru pelatih oleh Downes (1993) pula mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah membawa kepada sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan guruguru
berkena an akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Tahap pendedahan guru dengan kursus-kursus literasi komputer juga mempunyai kaitan yang signifikan terhadap pembentukan sikap guru-guru terhadap komputer (Robertson et al., 1995).
Kajian yang telah dijalankan oleh Madsen dan Sebastiani (1987) pula menunjukkan sikap positif di kalangan guru-guru berhubung dengan tahap kebolehan menggunakan komputer di samping menghilangkan rasa bimbang terhadap penggunaan teknologi tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa kebimbangan terhadap computer tidak mempunyai hubungan dengan sikap terhadap komputer (Kernan dan Howard, 1990; Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Maznah Raja Hussain, 1994).

No comments:

Post a Comment